Isnin, 30 Julai 2012

"Mr. F - Pertemuan diiringi Hujan "

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Aku ada seorang kawan bernama Mr. F. Dipendekkan cerita aku mula kenal dia kerana subjek Lukisan Kejuruteraan [LKJ]. Dipanjangkan cerita masa Form 4 dan form 5 aku mengambil subjek Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. Alhamdulillah, walaupun tak dapat skor a tok subjek ni tapi aku tetap lulus gak.. 2010-STPM...2011 habis STPM, sepenuh masa menghadap komputer riba kesayanganku. Waktu itu, komputer riba Acer ku masih dalam pemerhatian Tauke, sebab aku terlalu ganas menyebabkan 'dia' masuk Hospital..Jadi, komputer riba lama, yang sering aku pandang remeh---> DELL 600 M, aku gunakan sepanjang 'dia' berada di hospital.

Aku giat menelaah Laman Muka Buku [FB] masa tersebut. Biasala kan, takde buat ape. Entah macam mana aku boleh berkawan dengan Mr. F ni dalm FB. Bermula dari komen sebuah gambar daripada koleksi album di FB ku, kami saling berbalas komen. memang hairan kerana dia bukan kawan rapat malah aku tidak mengenali dia langsung, namun gurau senda pada komen-komen tersebut seolah-olah kami memang seperti Sahabat Lama yang baru berjumpa. Pelik, tapi itulah kenyataannya. Keakraban antara kami semakin utuh . Pada suatu malam, kami berborak diruang 'Chatting', dan dia bertanya sama ada aku pernah mengambil subjek LKJ. Jujur aku menjawab, aku pernah mengambil subjek tersebut di sekolah.

Selepas itu, kami saling berhubung untuk sebuah urusan. Aku secara langsung menjadi Guru yang tak Bertauliah untuk mengajarnya subjek tersebut. Pertemuan ditetapkan disebuah tempat, berdekatan bandar tempat dia bekerja. Kali pertama berjumpa, memang kekok. Namun, misi untuk mengajarnya menjadi ubat kepada kekok yang menguasai diri. Suasana pertemuan pertama, hujan renyai-renyai. Kami memilih tempat duduk di tingkat atas restoran untuk memudahkan sesi pembelajaran. Sesi berlangsung selama 2 jam, kerana aku perlu segera pulang ke rumah. Perjalanan menuju ke rumahku mengambil masa 45 minit. Dia berasal daripada Perak dan bekerja di Pejabat Pelajaran di bandar berdekatan dengan kampungku. Selesai sesi selama 2 jam, kami mengambil keputusan untuk ke Pasar Tani. Dia ingin mencari buah kuini dan aku mencari barang-barang keperluan dapur. 

Pertemuan seterusnya adalah untuk menguruskan peminjaman alatan LKJku. Dia akan menghadapi peperiksaan 2 hari selepas pertemuan kami. Lokasi pertemuan kami beralih kepada sebuah gerai, Neng Salam. Kali ini hujan turut mengiringi pertemuan kami. waktu itu, aku sudah berpunya, dan dia baru putus cinta. Semenjak aku menyambung semula pelajaranku, kami jarang berjumpa mahupun berhubung, kerana masing-masing sibuk dengan tugasan. Kami memang masih berhubung, namun jarang-jarang. Tidak seperti dulu.

Aku baru berjumpa dengannya pada minggu lepas. Dia masih seperti dulu. Bezanya, dia sudah berpunya, begitu juga aku. Pertemuan kali ini berlaku pada hari dia bekerja. Biasnya, kami akan berjumpa pada hujung minggu. Sabtu, hari rasmi pertemuan kami, namun tidak sekerap seperti yang difikirkan. Dia akan berkahwin pada tahun depan dengan gadis senegeri dengannya. Alhamdulillah, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. "Kamek tetap doakan kebahagiaan ktk, bongek".

Pesan Mr. F buat diriku : 
  "Mun kitak cari calon suami, perkara pertama yang kitak tanyak ngan nya. Nya solat sik. Solat ya penting Deb. Kitak jangan fikir orang yang suka lepak-lepak ya sik solat. Bila masuk waktu, sidak ya solat. Jangan pandang rendah ngan sidak. Sebab ya kena pande cari calon suami. Dapat bimbing kitak ngan anak-anak kitak kelak. Ingat ya Deb."

#Kalau ikutkan banyak yang aku nak ceritakan, tapi masa mencemburui kita. Mata aku ngantok. sebab sekarang sudah pukul 3 pagi.

Salam Ramadhan,
Selamat Besahur, 10 Ramadhan 1433H

1 ulasan:

Zee berkata...

terima kasih pak joe atas komen tersebut. saya jarang update entry, kejar dateline assignment.apepon. Nice to know u.. :)

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN