Rabu, 21 November 2012

WEDNESDAY is WORDLESS DAY!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Today is Wednesday! Ya hari ini hari Rabu. Hari paling relax dan santai. Kuliah x banyak, kelas pun dari  pagi sampai tengah hari je. Sebab, hari Rabu hari khas untuk kelas dari Pusat Pemajuan Pelajar. Kelas Kokurikulum Berkredit atau nama pendeknya KoQi. Alhamdulillah aku dah ambik KoQi semester lepas. Semester ni aku fokus tok ambik subjek pelengkap dan generik English. Sekarang kat Library atau nama pendek dia kat sini CAIS ( Centre for Academic Information Services). Tunggu kawan aku G.D ( group discussion) untuk subjek generik BM. Alhamdulillah, semester lepas dah ambik BM. Basically macam BM Fprm 6, tapi dari segi implementasi tugasan dan wajaran pemarkahan berbeza. tapi xpe, at least ada jugak pengalaman ambik BM masa Form 6.

Pagi-pagi aku dah lupa ingatan. Aku lupa kelas aku start dari jam 10-12. macam mana la aku leh sound kawan aku naik bas jam 8 pagi. Sebab aku ingat kelas aku jam 8 dan lewat masuk. Patutla kawan aku macam tak kisah je. Memang aku xde kelas jam 8. huhuhu... entah jam berapa baru aku tersedar kelas aku jam 10, nsib baik aku x pegi Depo bas lagi. lau x nasib la.

Hari ini jugak ada Karnival Bahasa dianjurkan oleh Pusat Bahasa (CLS) di kampus aku. Karnival tu pulak depan fakulti aku, sebab CLS memang depan fakulti aku. Macam-macam aktiviti diadakan. Jualan, Pertandingan Bercakap Bahasa Asing. Biasala kan karnival, lau tak bukan karnival namanya. Minggu ni aku kena siapkan Kertas Kerja untuk Kempen Seringgit untuk Palestin. Satu kelas kena berganding bahu cari sumbangan derma untuk bantu ringankan beban rakyat Palestin. seddikit sebanyak melalui kempen ni jugak kami dapat mengaplikasikan prinsip dan teori kerja sosial yang kami telah pelajari. walaubagaimanapun, Palestin mesti kami bantu. Palestin kami bersamamu. Kalu tidak kita yang buat tindakan siapa lagi.

Memang sumbangan kita tak sebesar mana, Sekurang-kurangnya kita dah ada inisiatif untuk bantu rakyat Palestin. Menangis, mengeluh sana-sini tentang Palestin xda guna jika kita tidak bertindak untuk membantu mereka. Ya, memang kita xkan dapat upah daripada semua ini, sebab kita hanya dapat penat lelah sahaja. Tapi, ingat secara tidak langsung kita telah membantu saudara Muslim yang lain.

Today is Wednesday. Wednesday is Wordless Day.

#Bear in Mind, Paperwok Kempen RM1 untuk Palestin.

Wassalam.

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN