Selasa, 10 September 2019

AKHIR NOVEMBER 2018


Malam terakhir November
Dua ribu lapan belas
Kaumuncul
Muncul dalam mimpiku
Kaukatakan
Kaurindu aku
Sungguh aku rasa lain
Mungkinkah sekarang  kau tidak bahagia?
Moga kau baik-baik sahaja bersama dia
Mengharapkan kau kembali dalam hidupku
Jauh sekali
Kerna aku tahu,  statusku yang satu itu
Mungkin semalam hanya kebetulan
Atau mungkin jiwa ini masih belum bebas
Bebas dari bayangmu
Moga kita bahagia bersama insan yang kita kasihi
Moga ingatanku terhadap kamu semakin pudar


Saya
01.12.2018
20:27
Bintulu

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN