MY BLOG

Lilypie Second Birthday tickers

Ahad, 5 Jun 2011

TEMAN


 Teman...
Perjalanan kita masih panjang... di sini..
Berteman denganmu membuat aku..
BERFIKIR....
Sengaja? Disengajakan? Atau tersengaja?
Menikus hatiku..
Terpesona dengan sikapmu..
Menjerat rasa..
Menjeruk jiwa..
Terpanaku sesaat.. kerna dirimu..
Kerna ‘ulahmu’..
Adakah itu engkau wahai sahabatku?

Detik nostalgia alam keriangan..
Singgah diminda..
Imaginasiku berputar.. ligat..
Layar ingatan tentang waktu itu..
Kita bermain..
Mengejar mimpi indah..
Bagai dunia kita yang punya..
Seronok..
Objektif utama kita..

Sinar mentari mula menampakkan sinar pudar..
Berdiskusi sesame sendiri..
Sebelum dipanggil Sang Ratu..
Kembali ke istana kita..

Teman..

Bahagia menyelubungi jiwa tika itu..
Bebas daripada belenggu perkara subjektif..
Bumi terus berputar pada paksinya..
Menjalankan tugas wajibnya..
Turut membawa aku ke dekad ini..
Tuntutan dunia ICT..
Meruntun jiwa turut menikmati..
Mentari di ufuk Timur..
Menyedarkan aku kembali tentang..
Adat dunia..
Kekayaan..
Kebahagiaan impian insani..
Terserah..
Bahagia atau derita..
Pilihan di tangan kita..

Duhai teman..

Kebahagiaan tidak selalunya membahagiakan..
Penderitaan terus mencorak diri..
Andai diri tidak tahu menghargai..
DIRI....

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN