Rabu, 11 Januari 2012

AKHIRNYA. . .

ALHAMDULILLAH... hari ni aku menduduki kertas /PENGENALAN SEJARAH SOSIAL/PENGENALAN SAINS POLITIK/ merangkap kertas terakhir aku bagi FINAL EXAm sesi Semester 1 aku..alhamdulillah seribu kesyukuran aku panjatkan kepada-Mu  Ya Allah.. biar kau buat flashback sedikit.. aku mengambil 9 subjek bagi Semester ini.. dan 1 daripada subjek tersebut tidak memerlukan peperiksaan..lupakan sekejap tekanan peperiksaan yang aku hadapi sepanjang 2 minggu ini..

malam ini aku meluangkan masa bersama sahabat baikku serta rakan sekelas ku..pendek kata kami mengadakan sedikit jamuan sempena menandakan bahawa kami telah menamatkan sesi semester 1 dengan jayanya di UNIMAS..sekaligus meraikan kemenangan untuk melepaskan diri daripada tekanan musim peperiksaan.. kami menyediakan juadah untuk jAmuan dengan memasak sendiridi rumah kawan baik kami.. bermula daripada jam 7 sehingga 10 malam..barulah juadah siap.. agak lama.. tinggal di hostel dan memasak dalam keadaan yang serba kekurangan menyebabakan kami lambat untuk menyiapkan juadah..

akhirnya..jamuan kami mula bawa di bilik belajar di kolej kediaman sahabat kami..setibanya di situ, kami belum memulakan lagi jamuan kami kerana kekurangan air dan "batu ais".. sok..sek..sok..sek..jamuan kami mulakan pada jam 12 pagi... kami makan..minum.. dan menonton cerita bersama..cerita seram,..pada waktu awal pagi memang meningkatkan lagi seramnya kerana aku cerita seram..

aku habiskan masa di sini.. bersama-sama sahabat baik aku..saat yang tak mungkin aku lupakan..segala tekanan dapat kami lepaskan.. alhamdulillah...aku bersyukur kerana mendapat sahabta baik seperti kalian..

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN