Selasa, 14 Julai 2015

Rendahkan Hatimu

Assalamualaikum wbt.

Sedar tak sedar dalam masa dua hari lagi, in shaa Allah kita akan menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Persiapkan diri dengan perisai untuk perjuangan kita dalam bulan Ramadhan, yakni untuk mendapat barakah daripada ibadah kita. Alhamdulillah, moga kita berkesempatan untuk sama-sama menjalani ibadah puasa dalam tahun ini. In shaa Allah.

Baru-baru ini, banyak menghabiskan masa dengan membaca novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha. Alhamdulillah. Banyak yang aku pelajari dalam novel ini. Sebenarnya, aku telah berpeluang untuk menghayati karya ini semasa di Tingkatan 6. Namun, tidak pernah untuk mengkhatamkan novel ini. Sebabnya, aku agak liat membaca novel Islamik. Tambahan pula, waktu itu aku hanya mampu meminjam novel ini daripada junior. Alhamdulillah, aku akhirnya dapat memiliki novel ini. Sekarang masihdalam proses hntuk mengkhatamkannya.

Aku jatuh cinta dengan cara penyampaian dalam novel ini. Sedikit sebanyak mengajar, perjalanan dalam mencapai leredhaan Illahi itu perlu keyakinan yang jitu dan semangat yang tebal dalam diri. Bukan separuh-separuh.  

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN