Jumaat, 23 Oktober 2015

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF

Assalamualaikum wbt,

Pernah dengar tak tentang Pendidikan Kesihatan Reproduktif? Lazimnya PKR ni kita sebut sebagai Pendidikan Seks.  Seks? Dalam dunia pendidikan? Memang sah, akan ada mulut-mulut yang akan mengata jika tidak memahami tujuan sebenar Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif ini diperkenalkan. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menggunakan Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif ini dalam pelaksanaan program dan modul.
Klik Sini untuk lebih lanjut
Bagi aku sendiri, pendidikan seks ini amat penting didedahkan kepada masyarakat, remaja khusunya. Kini, pelbagai isu yang dikaitkan dengan golongan remahja yang terjebak dengan kes-kes pembuangan bayi. Malahan, terdapat juga remaja yang terlanjur seperti kes ini (KLIK SINI)  kerana berdua-duaan. Dengan adanya pendidikan sebegini, remaja dapat didedahkan bagaimana untuk menghindari risiko-risiko yang berkemungkinan boleh membawa kepada perlakuan yang tidak bermoral.

Sebagai wanita sendiri, aku ingin berpesan kepada para remaja di luar sana agar menghargai diri masing-masing. Ya! Peluang hanya datang sekali, JADI HARGAI DIRI ANDA, KERANA DIRIMU SANGAT BERHARGA. 

Para remaja boleh mengunjungi Pusat Pembangunan Remaja atau lebih dikenali sebagai kafe@TEEN yang terdekat untuk menyertai program dan khidmat yang disediakan. Banyak manfaat yang dapat diperolehi. Remaja juga boleh mendaftar sebagai Sahabat Kafe untuk menikmati kemudahan yang ada.

Entry yang seterusnya, aku akan terangkan serba sedikit mengenai kafe@TEEN.

Wassalam.

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN