MY BLOG

Lilypie Second Birthday tickers

Isnin, 6 Mac 2017

RINDU

Rindu
Semakin ku cuba untuk hapuskan
Semakin kuat mengasak di jiwa
Ingin ku lari jauh
Jauh dari semua ini
Semakin dekat ia melekat di minda
Sungguh siksanya jiwa
Berperang dengan perasaan dan jiwa sendiri
Dua purnama berlalu
Aku masih begini
Mencuba dan terus mencuba
Agar dapat hidup daripada bayangan silam
Semuanya terasa dekat
Pantas masa merampas semuanya
Sekelip mata aku tersentak dr khayalan
Khayalan yang jelas begitu mengasyikkan
Realitinya aku tiada lagi ruang di segenap jiwamu
Amat siksa menerima kenyataan ini
Kenyataan yg kau sudah pergi jauh dariku
Bahagia?
Kuatkan aku disaat kau mengikat janji setia dengannya
Kuatkah aku saat menyaksikan lafaz akadmu nanti?
Biar rindu ini hilang di mamah waktu
Akan terus tersemat dijiwa selagi masih bernyawa

Cik Deb
25/02/2017
10.00 malam
Sarawak

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN