Khamis, 1 Mac 2012

HURU-HARA SEMESTER 2

Assalammualaikum.. sudah masuk minggu ke-2 perkuliahan dalam semester 2, walaupun sebenarnya minggu ke-2 sudah sampai ke penghujungnya atau dalam kata lainnya, masuk minggu ke-3. Blog aku pun kira dah berhabuk bersawang sebab lama dah aku x update. Walau bagaimanapun, hari ini aku luangkan maa untuk berkongsi cerita 2 minggu perkuliahan + 2 minggu Minggu Aluan Pelajar Ambilan Februari 2012 UNIMAS. secara total sudah 4 minggu aku di sini.

Pengalaman menjadi Liason Officer bagi MAP lepas membawa seribu makna dan menambah pengalaman yang ada pada diri aku. Dalam MAP lepas aku ditugaskan di bawah unit Logistik. Memang agak 'berat' bagi aku sebab di bawah unit ini kerjanya memang memerlukan extra tenaga untuk BENDA BERAT. Alhamdulillah, sepanjang INDUKSI+MAP memang kekuatan fizikal + mental diguna sehabis baik. Aspek mental memang di uji sepenuhnya, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Syukur juga ke hadrat ILLAHI kerana, dalam unit ini aku bertugas di bawah arahan Ketua Unit aku, Hafizan dan dibantu rakan seunit yang lain Bella, Azrin dan Raymond. Trademark bagi aku n Bella yang dipromosi oleh KU aku 'Muka Cantik Tak Leh Tak Kuat' , memang trademark ini menjadi, sebab agak mencabar bagi aku dan dia membuat kerja angkat-mengangkat. Contoh terdekat, mengangkat meja dari Blok HEP ke CTF1, memang la x jauh, namun berpeluh juga untuk melakukannya. Tahniah!! Walau bagaimanapun, menjadi LO buat pertama kalinya memang pengalaman yang amat bermakna buat diriku.

Pendaftaran Kursus! Walaupun pendaftaran ini bermula 13 Februari lepas, sehingga detik ini, aku percaya masih lagi terdapat siswa siswi Unimas masih setia menunggu peluang untuk mendaftar bagi kusus pengukuhan, elektif dan generik. 'First come first serve', memang agak tertekan untuk mengambil subjek pelengkap jika kelas tersebut telah penuh. Penyelesaiannya, kena tunggu peluang siswa siswi lain drop  subjek tersebut. Walaupun dapat mendaftar bagi subjek pelengkap, namun masih lagi terdapat masalah kerana masa bagi kelas tersebut bertindih dengan jadual perkuliahan kita bagi subjek teras. Contoh terdekat, aku. Minggu ke-2 barulah aku dapat mengikuti kelas bagi subjek Generik [BM] dan pengukuhan [ Prep 2].

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN