Sabtu, 3 Mac 2012

MAHAR SETULUS HATI by AYU EMELDA

Assalammualaikum..kembali lagi aku di sini.. hari ini sepatutnya aku pergi ke Wisma Saberkas untuk 'bedah' printer aku. Tapi, disebabkan xda transport, cancel. Cari kereta sewa pon x dapat, semua dah penuh, dah kena book. Almaklum la, hujung minggu. Permulaan semester katakan. Sebenarnya hari ini, Pesta Buku di Unimas masih lagi berlangsung. Sejak bermulanya pesta tersebut, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku pergi kecuali hari ini. Semalam, aku dapatkan buku yang ditulis oleh pensyarah aku, Prof. Datu Hj Sanib Bin Hj Said, Malay Politics in Sarawak. Walaupun aku tidak mengambil subjek Sejarah Sosial bagi semester ni, tapi aku rasa tidak terlewat bagi aku untuk memiliki buku ini. Aku ingin jadikan buku ini sebagai koleksi aku. Semester lepas aku hanya dapat meminjam buku ini hanya untuk beberapa jam di CAIS dan tidak dapat di bawa keluar daripada Cais kerana buku ini merupakan buku di bawah kategori special collection. Syukur, aku dapat memilikinya, di samping ingin mendalami sejarah Sarawak.

Berbalik kepada title aku, Mahar Setulus Hati oleh Ayu Emelda. Novel ini juga aku dapatkan daripada pesta tersebut pada 1 Mac lepas, alah hari Khamis lepas. Tapi, baru hari ini aku dapat meluangkan masa sepenuhnya untuk menghabiskannya. Tugasan bukan xda, tapi belum ada perbincangan lagi. [semangat membara nak baca novel sebenarnya].

KOMEN untuk MSH :

Kesabaran seorang suami sememangnya perlu dalam membimbing seorang isteri yang masih tersasar daripada landasan Islam. Jika suami tidak sabar, sudah pasti si isteri masih berada di landasan yang sama. [ pengalaman melalui pembacaan..aku belum kahwin lagi]. Novel ini sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang peri pentingnya kesabaran dan mengawal kemarahan dalam kehidupan.

buat viewers yang ingin mendapatkan novel ini secara online... lawatilah blog Kak Ayu Emelda [facebook AE], blog AE http://ayuemelda.blogspot.com/



"Bahagialaah orang yang menjadi menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjdi kapten untuk bahtera hidupnya."  ~Saidina Ali Abi Talib r.a~

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN