Khamis, 4 Jun 2015

KENTAL

Assalamualaikum semua.

04062015. Khamis. 

Jiwa harus kental. Hati perlu kalis dari segala perkara yang boleh membawa hati jatuh ke bawah. Jika tak tahu nak buat hati kental dan kalis. Ajar hati. Tak selamanya kita bergantung dengan orang lain. Lambat laun kita akan sendiri. Di kubur juga nanti sendirian. Hidup di dunia, kentalkan diri, kentalkan jiwa, kentalkan hati. Aku kuat. Kuat dari segalanya. In shaa Allah. Kata-kata untuk memujuk diri. Aku percaya. Jika dipupuk dengan kata-kata positif, yakni yang baik-baik. In shaa Allah, hati akan terus mencari kebaikan daripada keburukan. 

Entry dari semalam asyik melibatkan hati. Hidup yang belum ada komitmen kerja, beginilah. Sekarang, aku penuhi diri dengan ilmu rumah tangga. Dua kelahiran dalam keluarga telah aku saksikan. Kedua-duanya bayi perempuan. Sedikit sebanyak mengajar aku, menjadi seorang ibu bukannya semudah menghafal ABC. Malahan sebelum menghafal ABC juga perlu keazaman yang jitu. Kalau tidak, masakan kita boleh menghafal 26 abjad seawal usia 4 5 tahun. 

Pesan buat diri, galakkan diri bercakap yang baik-baik, berfikir yang baik-baik. In shaa Allah semua yang datang, juga baik-baik. Kental diri, kental hati, kental jiwa. 

Wassalam.

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN