Rabu, 3 Jun 2015

TABAH

Assalamualaikum semua.

3 jun. 3 hari sudah kita lalui bulan Jun. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah swt. Dugaan yg mendatang juga datang dengan pelbagai rupa. Wahai hati, tabah lah! Tabahlah untuk terus bertahan. Yakin, janji Allah itu pasti untuk hamba-Nya yang sentiasa sabar dan tabah menghadapi ujian dari-Nya. Berita gembira buat seisi keluarga, seorang bayi perempuan selamat dilahirkan pada 29 Mei 2015, 10.46 malam. Alhamdulillah. Penyambung zuriat keluarga besar kami. In shaa Allah, moga menjadi srikandi solehah buat keluarga, agama dan bangsa. Nur Anis Elisha nama diberi. Alhamdulillah. Lahirnya Anis juga satu ujian buat kami. Ujian untuk mendidiknya untuk menjadi wanita solehah, in shaa Allah. Tabahlah hati untuk segala dugaan dan ujian yang diberi. Setiap yang berlaku pastinya mempunyai maksud yang tersirat sendiri. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN