Khamis, 21 Mei 2015

Solehah

Assalamualaikum wbt.

Sedikit perkongsian mengenai isteri solehah. Memetik daripada perkongsian seorang kawan di laman sosial. Aku kira baik untuk peringatan kita semua. Jom kita fahami bersama.

Isteri yang solehah; "Tanggungjawab lelaki adalah besar. Didalam Al-Quran Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
"Bukan syurga itu untuk kamu sendiri-sendiri. Kamu yakni lelaki akan dipertanggungjawabkan oleh Allah سبحانه وتعالى di akhirat ke atas isteri, anak-anak, dan adik beradik kamu, khususnya kaum perempuan. Membimbing mereka ke syurga."
"Lelaki yang menerima perempuan sebagai isterinya, bermakna dia telah menerima amanah daripada Allah dan dia bertanggungjawab kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪﻭﺗﻌﺎﻟﻰ, bukan hanya di dalam memberi nafkah makan dan minum ataupun
nafkah batin, tetapi nafkah tarbiyah."
"Nafkah tarbiyah yakni pendidikan untuk menjadikan seorang wanita solehah, isteri yang solehah. Dan jangan hanya mampu memberikan nafkah untuk dia melakukan apa saja daripada kenikmatan keduniaan tanpa di perhatikan solatnya atau hijabnya, tanpa diperhatikan siapa dia bergaul, dengan siapa. Dengan keluarnya, dengan siapa dia makan dan minum, dan jangan menjadi seperti orang yang di katakan baginda Rasulullah ﺻﻠﻰﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
sebagai dayus."
"Sebaik-baik wanita itu adalah yang tidak dikenali. Rasulullah ﷺ tidak suka memperkenalkan isterinya kepada orang lain kecuali jika ada orang yang bertanya kepada baginda rasulullah ﷺ. Di zaman kita sekarang, dihebohkan dan upload di Facebook dan sebagainya. Nak tunjuk lah."
"Bilamana seseorang itu berkahwin, pasangan suami isteri itu akan menjadi satu dalam segala halnya. Termasuk kebahagiaan dan juga kesusahannya, bukan hanya di Dunia tetapi juga di Akhirat. Asiah yakni isteri firaun contohnya. Tiada orang yang lebih buruk perangainya di mukabumi ini dari Firaun. Namun, tidak menjadi halangan untuk Asiah itu menjadi hamba-Nya yang solehah." 
"Harta-benda melimpah-ruah yang dimiliki Asiah, tidak menghalangnya untuk berdoa dan meminta kepada Allah سبحانه وتعالى; "Wahai Tuhanku, bangunkan untukku di sisimu dan rumah di syurga yang dekat dengan-Mu." Inilah wanita yang cerdik di sisi Allah, penghulu wanita di syurga. Bukan alasan untuk wanita itu tidak taat dan beriman pada Allah, sekalipun pasangan yakni suami mereka itu tidak taat pada Allah سبحانه وتعالى."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid

Moga bermanfaat buat semua. 

Wassalam.

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN