MY BLOG

Lilypie Second Birthday tickers

Jumaat, 30 September 2016

Kau

Bila sampai satu tahap, 
Kau bermatian usaha,
Tiada siapa yang hargai,
Yang kau dapat,
Imej kau buruk,
Prestasi kau dipertikai,
Sedar,
Pengajaran dan pembelajaran itu berbeza,
Kau perlu ambil positif,
Cuma saat ini,
Hati kau keras macam batu,
Puas positif,
Hingga kau jadi negatif,
Nama lain nya "tak da perasaan"
Antara kau dan patung,
Sama,
Itu perbezaan yang kau perlu hadap,
Antara kau dengan tunggul,
Juga sama,
Kau tak ubah macam pokok,
Macam-macam orang buat kat kau,
Tapi kau masih bertahan berdiri,
Kecuali,
Orang cantas kau,
Itu tandanya, 
Kau boleh angkat kaki,
Tak cukup lagi ke hint yang diberi,
Atau kau masih pejam mata,
Damailah kau wahai hati,
Moga tetap kalis dari segalanya,
Teruskan usaha kau.

Deb,
9.26mlm
Kuching

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN