Rabu, 1 Mac 2017
KUAT
Apapun jadi. Apapun berlaku. Teruslah jadi orang yg kuat. Kuat dari segi mental mahupun fizikal. Tanamkan dalam jiwa aura positif. Kadang diri khilaf, alpa, menyerah sebelum sampai ke barisan. Allah. Moga diri terus kuat.
Jumaat, 30 September 2016
Kau
Bila sampai satu tahap,
Kau bermatian usaha,
Tiada siapa yang hargai,
Yang kau dapat,
Imej kau buruk,
Prestasi kau dipertikai,
Sedar,
Pengajaran dan pembelajaran itu berbeza,
Kau perlu ambil positif,
Cuma saat ini,
Hati kau keras macam batu,
Puas positif,
Hingga kau jadi negatif,
Nama lain nya "tak da perasaan"
Antara kau dan patung,
Sama,
Itu perbezaan yang kau perlu hadap,
Antara kau dengan tunggul,
Juga sama,
Kau tak ubah macam pokok,
Macam-macam orang buat kat kau,
Tapi kau masih bertahan berdiri,
Kecuali,
Orang cantas kau,
Itu tandanya,
Kau boleh angkat kaki,
Tak cukup lagi ke hint yang diberi,
Atau kau masih pejam mata,
Damailah kau wahai hati,
Moga tetap kalis dari segalanya,
Teruskan usaha kau.
Deb,
9.26mlm
Kuching
Isnin, 19 September 2016
PERFECT 10
Kisah kita
Jauh di mata
Dekat di hati
Biar terpateri di ingatan
Terpahat di hati
Biar banyak onak dan duri
Pintaku agar kita tabah
Bertahanlah sygku
Demi janji yang telah kita pateri
Kau di sana
Aku di sini
Jauh
Kita kongsi rasa yang sama
Rasa yg kita sama-sama tau
Aku pasrah andai kau memilih yang lain
Jangan kau bimbang syg
Aku belajar
Belajar dari sebuah hubungan
Benarlah
Hajat dihati
Memang kau yang bertakhta di hati
Siapa aku untuk menidakkan
Apa yang akan berlaku
Yakni masa depan kita
Kabur
Masih jauh perjalanan
Maju ke hadapan sayangku
Aku selalu mendoakanmu
Jauh mana kita
Biar terpisah jasad
Asal hati kita menyanyikan lagu yang sama
Senada seirama selamanya
Dengan izin Allah swt
Cinta Halal
Milik kita juga
Aamiin.
RINDU
Rindu.
Rindu semua.
Moga semuanya baik-baik saja.
Yang lepas takkan pernah kembali.
Akan tetap di ingatan sebagai memori manis.
Rindu sahabat seperjuangan.
Mereka yg selalu ada disisi.
Selalu ada untuk ku jatuh dan bangun.
Krisis?
Biasalah kan. Lumrah.
Adat berkawan.
Aku syg mereka seperti nyawaku sendiri.
Moga Allah sentiasa lindungi mereka.
Mereka yg ku gelar SAHABAT.
Salam syg,
Deb.
Langgan:
Catatan (Atom)