Jumaat, 2 Disember 2011

KEHILANGAN

:::::::::::::::: HUA......aaaaaaaaaaaaaaaaaRRRRRRRRRRGGGGGGGGHHHhhhhhhhh::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
dia dimiliki...namun aku seakan atau tidak dapat memahami erti sebenar perasaan ini.. ya!! Dia sudah dimiliki orang yang dekat denganku. Semester satu di sini aku mulakan dengan bergaul dengan teman baruku..juga berasal setanah denganku...perjalanan kami diteruskan..susah senang kami harungi bersama..pendek kata dialah sahabat sejatiku..di mana ada dia...di situlah aku...di mana adanya aku... pastinya di juga turut ada..persahabatan kami semakin lebar dengan bertambahnya cawangan..kami mula rapat dengan seorang insan yang berlawanan jantina..sungguh..dia seorang yang memahami..seorang yang bertanggungjawab..bunga-bunga keriangan terasa...cawangan persahabatan semakin lebar sayapnya..keluarga persahabatan ini membentuk sepuluh ahli di dalamnya...indahnya dunia persahabatan di sini..terasa diri ini dihargai..dilindungi..sungguh aku amat menyenanginya..terasa sukar untuk berpisah walau sementara...cuti pertengahan semester terasa lama...tidak bersua dengan keluarga persahabatanku..silaturrahim antara kami semakin mekar..pastinya ada yang cemburu melihat kemesraan kami..bagaikan saudara sedarah..umpama telah lama mengenali..sebulan lamanya..hubungan ini makin mekar dan kukuh...di kelas amnya..barisan hadapan..pastinya kamilah juara..kamilah yang akan mengunggulinya...aku mohon agar hubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat ini..sungguh aku menyayangi setiap ahli keluarga baruku ini...
ke mana saja kami pergi..pastinya bersama..masa makan tengah hari amnya..bagaikan sudah menjadi kebiasaan..waktu inilah hubungan kami semakin erat..dengan gelak tawa dan gurau senda..telinga ini bagaikan sudah lali dengan gelak tawa mereka..uniknya..kami hanya akan makan stelah semua ahli berada di meja makan..sinonim dengan suasana makan di kafe..pastinya memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan juadah kegemaran..mahupun minuman bagi membasahi tekak..apabila semuanya telah selesai dengan juadah masing-masing di meja...acara makan kami dimulakan dengan doa yang di imamkan oleh ahli Kaum Adam kami..baiknya kami...jahatnya kami..semuanya teradun mahupun diadunkan menjadi satu..telinga ini juga sudah lali dengan gelagat dua orang ahliku...pertelingkahan antara mereka bagaikan menerbitkan rasa bahagia di hati ini..bukan menyukai pertelingkahan itu..namun wujud silaturrahim di situ..bagaikan adik dengan kakak..sungguh aku menganggap keluarga baruku ini seperti ahli keluargaku sendiri..
Maal Hijrah 1433 dalam hidupku dicorakkan dengan berita kebahagiaan insan lain namun penderitaan bagiku...Dia di miliki...dia dimiliki...dia dimiliki..bagaikan mimpi lagaknya...apabila mengetahui dia sudah berpunya...asalnya aku dan sahabat sejatiku pernah membayangkan ciri-ciri teman hidup yang di impikan dia...sukar bagi kami untuk mentafsir ciri-ciri yang dia kehendaki..dia bukanlah insan yang pandai menunjukkan perasaan...mahupun berdramatik dalam soal hati..kami lebih senang bersamanya berbanding ahli Adam dalam keluargaku ini...dia bagaikan adikku..aku menyayanginya..sungguh..aku tidak ingin di terluka di penghujung jalan cintanya kelak..namun siapalah aku untuk menghalang soal hati adik ku ini..dua insan yang sedang menyulam kasih di depan mataku sungguh aku mengenali kedua-duanya..siapa dia dan siapa pula dia...aku mengenalinya..
gagal!! aku gagal menyembunyikan rasa hati ini..dia menyedarinya..walaupun dia tidak dapat memahami apa sebenarnya berlaku..adik ku..aku harap engkau mengerti maksud ku..aku gagal! aku gagal untuk menjadi insan yang pura-pura tidak mengetahui kisah hati dua insan.. ya! aku bukanlah insan yang pandai berpura-pura..walaupun aku telah mencuba untuk berpura-pura..namun kepura-puraan ini difahami dia..walaupun dia memahami pastinya dia tidak akan dapat mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku..melainkan dia tidak terlibat dengan soal hati. sungguh!! aku merindukan saat itu..saat diri ini dihargai..diberi perhatian..bagaikan puteri kayangan lagaknya..
kini...aku rasa kehilangan yang teramat..dia sudah berubah..walaupun seribu kali dia menidakkannya..namun tidak akan dapat menutup perubahan itu. mungkin dia tidak menyedari perubahan dirinya..kerna dia yang mengalaminya dan aku yang melihatnya..sungguh! dia bukan dia yang aku kenali dulu.. prinsip..matlamat utama dia ke sini telah menyimpang..walaupun menyimpang 1%...namun tidak akan dapat mengembalikan dia yang ku kenali..
doaku moga adikku ini di iringi kebahagiaan hingga akhir hayatnya..moga hubungan cintanya terus mekar dan semoga kakaknya ini dapat menerima hubungan ini dengan setulus hati. Moga diri ini terus tabah menghadapi cabaran yang mendatang...moga ayah dan ibuku serta saudara darah dagingku ,sahabat-sahabatku dipermudahkan urusan dalam segala hal dan mendapat kebahagiaan yang di impikan.
Amin ya Rabbal alamin....

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN