MY BLOG

Lilypie Second Birthday tickers

Rabu, 28 Mac 2012

My Umbrella

Assalammualaikum, salam 1 Malaysia, kembali lagi aku di sini, mencoret cerita yang berlaku dalam hidup saban  hari. Sahabat-sahabat yang singgah di sini, terima kasih.. setakat ni, aku dah ada 53 pengikut setia blog ni a.k.a buah hati aku. sebenarnya aku ada cerita mengenai singkatan a.k.a suatu ketika dahulu. masa tu aku masih bergelar pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah tercinta SMK SRI AMAN. aku ngan kawan aku pernah gak bincang a.k.a ni singkatan ni untuk apa.. sebab aku assume a.k.a ni "sebagai" in bm..hahaha.. masa tu aku x connect lagi dengan apa2 yang ada kaitan dengan komputer.. poor me.. agak lewat la aku tahu mengenai bab2 IT ni.. duduk pun luar bandar.. xterdedah sanagat..kat kampung xda lagi pusat jalur lebar macam sekarang.. hujung minggu, balik kampung, nak balik asrama, singgah Cyber Cafe dulu kat pekan terdekat..hahah.. lucu..lucu..oleh kerana aku x tahu the real word stand for a.k.a aku try tanya cikgu MUET aku, Madam JacQ. aku text madam, tahu madam jawab pe?? 
 a.k.a is stand for "also known as"
hahaha..agak lucu jika aku kenang kembali kisah ni, back to my title.. umbrella..aku nak cerita sikit payung-payung yang pernah mewarnai hidupku..hahaha.. macam la xda benda lain nak jadikan entry blog..hahah.. tapi aku tak kesah..nak jugak kongsi cerita..hahah.. semester lepas..aku ada sekaki payung..1st Umbrella..ciri-ciri dia kaler biru tua, petak2..x la besar sangat..kecik je..hahah... lepas tu kawan aku pinjam..dan x pulangkan lagi.. sebab lupe..tiap kali di bawa, aku ada payung jugak..pinjam kawan..last2 aku x kisah g dah..hehe..tapelah.. 

semester ni pulak..semangat baru.. sebelum induksi Liason Officer bagi MAP Februari lepas, aku ngan roommate aku pegi pasar yang berdekatan..beli apa yang patut..n x lupa..aku beli jugak payung baru, my 2nd umbrella bagi semester 2..ciri-ciri ia kaler ungu, kat bahagian dalam kaler grey..aku sayang sangat payung tu.. sejak semester lepas aku dan payung x boleh berpisah..sentiasa bersama hujan dan panas di unimas, payung sentiasa disisiku.. melindungi aku daripada panasnya sinaran matahari dan basah kuyup hujan di unimas..aku punye ayat pun da bebelit..hahah.. nak dijadikan cerita, petang tu, hari jumaat, aku uruskan aku punya masalah kelas di Pusat Bahasa sebab clash dengan subjek teras aku.. balik je dari urusan di pusat bahasa, tunggu bas, sampai Pusat Info [ perhentian bas di UNIMAS]. dah sampai depan blok kolej aku, aku ngan kawan aku singgah kat kedai runcit yang baru di buka kat blok sebelah, Blok B..aku punya bilik kat Blok A.. singgah sebab aku nak beli air mineral bekas besar..alang-alang temankan kawan aku beli barang dia..aku pun  x ingat g barang ape.. masa dah siap urusan beli membeli kat Blok B, kitorang jalan sesame..sebab bilik dia x jauh dari bilik aku.. kat blok aku pulak ada kafe, aku lak gatal singgah kafe..beli air lagi.. Teh C peng Special [ air teh 3 lapis] sedaapp..! hehehe.. nafsu minum aku ni..haish.. masa tu jugak aku ada bawak payung.. n letak bahagian kaunter.. masa bayar, aku lupa bawa payung aku.. sampai la hari keesokannya..aku baru perasan payung aku xda.. pelupa sangat.. masa pegi kafe, aku try tanya cashier, dia cakap x perasan payung tu... alahai...beli payung baru la gamaknya..

3rd payung..aku beli masa kua makan, dinner, ngan roommate aku dan bapak dia.. kebetulan bapak kawan aku ni travelling kat area sini.. alhamdulillah, syukur sangat dapat beli payung baru, masalah aku, aku ni agak malas nak pegi pasar beli barang2..hahah.. gpun xda masa.. ciri-ciri payung ke-3 aku ni, nama : sweet kiss, Avon. kaler: pink..waa..aku terpaksa beli pink sebab xda pilihan sangat.. [ aku tak minat pink].. lepas aku beli, kawan2 aku siap puji2 g payung aku..hahah.. x tau nape, payung ni femes sangat.. beberapa minggu lepas aku beli payung ni, aku perasan ramai gak yang beli payung ni dengan patern yang sama..haha..lucu pun ada,, ke mana je aku usung payung aku ni, aku sentiasa jumpa kembar 'sweet kiss' ni..haha.. Isnin lepas, selepas habis kelas..aku ngan kak Fatin..[ sape dia? check entry Chef Junior].. JUNIOR cHEF..masa tu hujan..mula2 kitorang tunggu je.. tapi oleh kerana takut tertinggal bas, kitorang redah hujan..bebekalkan 'sweet kiss' aku ni.. masa kat tengat jalan, hujan x la lebat sangat, cuma angin yang over kuat, memang macam ribut salji pun ade..[macam la pernah rasa hahah...] rasa macam melayang pun ada jugak..masa tu jugak kitorang berhenti.. tapi semangat nak cari tempat berteduh tu ada lagi.. alhamdulillah, ada bangunan CTF3 [Central for Teaching Facilities 3].. masa berebut nak berteduh kat CTF3 la, payung aku punya kaki kat dlam tu, patah 2.. kesian payung aku.. baru sebulan lebih aku guna..dah tamat riwayat..

4th payung aku..aku pesan kat kawan aku masa dia keluar dengan boyfie di semalam..dia keluar pun sebab aku jugak.. aku mengidam nak makan Burger Egg Cheese..hahah,,,tatau kenapa, 2 3 hari ni aku rasa nak makan burger tu..pelik2 kan.. sebelum dia keluar aku da pesan awal2, beli je ape2 kaler payung, janji bukan kaler pink kecuali kalau dah takde pilihan.. n x nak payung lipat.. hahah..demandnya aku.. menyusahkan kawan je... maaf ye sahabat.. masa dia keluar, dia kol aku lagi, nak pastikan lagi, cuma ada kaler biru..suke sangat.. hahah.. [ i like biru] kira tercapai hajat jugak la aku semalam.. 2 in 1.. dapat payung baru dan makan burger egg cheese dalam satu masa.. hahah.. hari ni pegi kelas, dengan muka bangganya aku bawa payung baru aku.. Kaler biru n ada bunga2 merah..hahah... nama dia Sweet Girl..hahah...

setakat ni je aku mencoret..jap lagi aku kongsi cerita lagi... hahah..

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN