Sabtu, 24 November 2012

AKU TAK KUAT

Assalammualaikum semua.. sobahul khair..

Lain macam je tajuk entry aku kali ni. Semester 3 berlalu dengan pahit manis aku sebagai siswi. Macam-macam peristiwa berlaku. Semester 3 ada cerita tersendiri.Membawa seribu makna dan pengajaran buat diri aku. Aku rindukan family aku. Mak, Bapak, Kakak - kakak, abang-abang dan adik aku. Air dicincang takkan putus. Aku setuju dengan peribahasa ni. Kewangan aku pada semester ini agak merosot, agak teruk dalam sejarah aku bergelar siswi. Disaat aku perlukan bantuan, menghadapi kesusahan, sahabat tetap disisiku, adik-beradik dibelakangku, mak ayah sentiasa dihatiku. Merekalah segalanya. Kalau boleh aku tidak mahu susahkan sesiapa, lebih-lebih orang-orang disekelilingku yakni orang yang aku sayangi.

Aku pendamkan segalanya, masalah aku tetap simpan kemas dalam diari hatiku. Namun, entah. Aku x dapat bertahan. Ku khabarkan jua kepada kakakku. Terima kasih kakak sebab memahami situasi adikmu ini. Aku serba salah sangat, aku telah susahkan abang dan kakak aku. Azam aku, aku sambung belajar, aku nak bagi yang terbaik buat mak ayah, kakak, abang dan adikku. Aku mahu bahagiakan mereka. Doaku sentiasa tidak putus untuk kesejahteraan mereka. Tanpa mereka, tidak mungkin aku jejakkan kaki di sini. Menyambung impian dan mengejar kejayaan yang bakal menyinari hidupku kelak.

Namun, kadang-kala aku alpa. Lalai dengan tugas aku sebagai anak soleh, adik yang taat, dan kakak yang memahami. Alpa sebagai kawan yang mampu membawa contoh yang terbaik buat sahabat-sahabat disekelilingku. Aku cuba ingin menjadi terbaik tapi bukan dengan menjadi orang lain. Aku adalah aku. Ya! aku memang seorang yang degil. kadang-kala aku perasan, mungkin ada yang tidak senang kedegilanku. Bukan mungkin, memang ada yang terasa. maafkan aku. Astaghfirullahal'adzim. Aku masih dalam proses memperbaiki diri.

Aku tak kuat. Kadang-kadang iman juga teruji dengan nafsu yang menuntun jiwa. Aku berusaha untuk menjadi kuat agar nafsu bukan menjadi raja dalam diriku. Hidup kita, kita sendiri yang corakkan bagaimana perjalanan hidup kita. Tetapi, ingat! Kita hanya perancang kehidupan kita, tetapi kita bukan penentu hidup kita. Allah swt . Dialah yang Maha Berkuasa. Ingin memetik sedikit kata-kata yang aku peroleh daripada sebuah novel. Novel Mahar Setulus Hati karya Ayu Emelda


"Bahagialah orang yang menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya."


Semoga kita dipermudahkan segala urusan harian kita. Moga aku lebih kuat menghadapi cabaran dan ujian hidup dari-Nya. Amin Ya Robbal Alamin.

Salam Sayang,

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN