Sabtu, 24 November 2012

HATIKU MILIK-MU oleh FATIMAH SYARHA [BAHAGIAN 2]


BAHAGIAN 2

" Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,". Fathil
tergesa-gesa mengikat tali kasut.
" Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!" Ujar
Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja
tali kasutnya kemas diikat.
Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di
dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang
tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang...plizzzzzz...luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak
percaya.
(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa
tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal agaknya?)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
''Dia tak bangun lagi ke?'' Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
compartment Umar.
''Emm..tak lagi!'' balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu
menggoyang-goyangkan bahu Umar.
''Woii, bangunlah?.kawan kau datang ni!'' tengking Fathil. Umar
menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset
seketika, kemudian pantas menutupnya.
''Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar
pun susah sekarang ni,'' leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan
Umar.
''Err, nak ke mana tu?'' Banna sempat bertanya.
''Nak ke stall. Sekarang ni kanMujahidah Week, bolehlah membeli sambil
ngorat mujahidah?'' Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna
turut tersenyum.
''Chow dulu?'' Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang?) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar
menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan
Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri
Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah
itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk
mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,
tarbiyyah dan da'wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar
tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh  dan suasana yang mendidik.
Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana
dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada
Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka
boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran
jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group!  Pergi jahanam dengan Asiah Yusro? Aku dah
besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam
lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku
mendengarnya!)
''Banna, ana ada hal lah esok,'' Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang
cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
''Hal apa yang lebih penting dari smart group?''
''Err?nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena
hantar,'' Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
''Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu,
kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..'' Banna menawarkan
pertolongan.
''Eh, tak yah lah?ana boleh buat sendiri,''Umar menolak.
''Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau
nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau
kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda
main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita
semuanya dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta  tak datang.
Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak
risau?!''
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan
dengan smart group?)
''Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita
dah janji?!'' Banna melontarkan persoalan.
''Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan
dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta,''
 ''Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap
sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok?''
''Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau
ditanya, katakan  ana banyak assignment,''
''Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta
tapi tak dapat-dapat,''. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam
yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru
semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang
tarbiyyah dan da'wah. Tarbiyyah, da'wah? Pergi jahanamlah?aku dah meluat.
Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
''Ana dah tukar sim card?''jawab Umar bersahaja.
''Kenapa tak inform?''
''Ana nak rahsiakan nombor ana,'' Umar tak berselindung.
''Kenapa ni Umar?''hairan Banna dibuatnya.
''Ntah?!Bosan?''getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
''Bosan? Bosan dengan apa?''
''Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong.
Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah
terutamanya smart group. Tolonglah?ana tak nak dengar perkataan tu lagi,
bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak
tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana
macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da'wah, tarbiyyah?ahh,
meluat!''terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh?biarkan?biarkan?dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
''Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?'' Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
''Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi.
Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu?.. diri kita ibarat cawan. Kalau
kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.
Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman,
anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi
diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam
hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,'' Banna menyambung lagi,
''Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah.
Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada
mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur
dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan
jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?''
''Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,'' jiwa Umar
gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku
mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga
tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah
yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
''Umar, jangan cubalari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta
nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini.
Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang
yang rugi?'' Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh?.bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
 ''Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik.
Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,'' jiwa Umar terusik.
Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.
''Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat,
sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas'ul kita, Dr Azmin,''
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
''Hello,  err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni?'' Umar
menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
''Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall
jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,'' Banna bangun beredar. Umar membalas
salam. Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan
itu dengan suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot?)hati Banna cubaberbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir
sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar
tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan
besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab
Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat
adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk
menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah?.)hati Banna berbisik. Dia mengakui
hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan
Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam
tarbiyyah dan da'wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia
tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
''Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,'' Banna mengajak adiknya
beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah
Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum
beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas
berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
''Kertas apa tu?'' Banna menjeling.
''Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat
yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak
sempat nak tunjuk kat abang..'' Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas
itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
''Lelaki ke?''
''Kalau perempuan, Maziah tak kanbuat macam ni, bang?''
''Hidup remaja  memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang
silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak
hanyut nanti.,''nasihat seorang abang.
''Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah?Maziah
takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni.
Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya
untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia
boleh pergi meninggalkan kita, kanbang?!''
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang
ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
''Mmm.Sama-samalah kita berdoa?.'' Banna mengangguk setuju.
''Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli
mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,'' bentak Fathil yang berada
selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
''A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku
rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni,
Fathil,'' tambah Joe.
''Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.
''Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku
kenal pak we dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
''Siapa?''
''Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi sama
setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak
sakitkan hati aku lah tu,''
''Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku
takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit?''
''Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat
ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak
jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun
aku nak ajar sekali,''
''Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin
mengapi-apikan kemarahan Fathil.
''Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''
''Malam ni? Kenapa lambat sangat?sekarang ni pun dah boleh belasah ngan
mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,''
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
''Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada
makna?''
''Hanif mana ni bang?''
''Alah, Hanif?kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi
agamanya, insyallah.''
''Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah
Taman Islam jugak ke, bang?'' Pergaulan yang terbatas di sekolah itu
menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah
sebaliknya.
''Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam
smart group yang sama dengan abang.,''
''Maziah ingat?.zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah
kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia
tu nakal masa kecil dulu,kanabang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia
selalu ejek Maziah macam-macam,''
''Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah.
Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect.
Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam
mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?''
''Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah
awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa
pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di
atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau
kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,''
''Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah?.''
Tiba-tiba?..
''Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala
setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii?''laung Fathil
dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang
pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata
Fathil yang lantang itu. Banna cubamenjelaskan keadaaan. Dia menghampiri
Fathil.
''Fathil?dengar sini?''
''Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan?.''
''Fathil?'' Banna cubabersuara lagi. Terhalang.
''Sudahlah?.tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh.
Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,''
Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas
memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan
mereka terpinga-pinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
''Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,''
''Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak
bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,''
luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya
saban hari.

BERSAMBUNG....

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN