Selasa, 4 Disember 2012

HAPPY BIRTHDAY FARAH NAJIHAH! AWESOME DAY!

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...
Alhamdulillah semuanya berlalu dengan lancar hari ini, bermula dari pagi, aku selesaikan kertas Kerja Kempen RM1 untuk Palestin untuk minta sign Penasihat PSS then lepas tu minta sign Dekan. Alhamdulillah sekali lagi, semuanya berjalan dengan lancar. Tak seperti yang aku gambarkan,sebabnya semalam aku dah rancang skip kelas 10-12 gara-gara kertas kerja. nasib baik aku dah tanya feedback penasihat aku awal-awal bila masa dia free. So, alhamdulillah, aku x jadi skip kelas. 

3 Disember 2012, Isnin, bersamaan 19 Muharam 1434, 
Hari ini birthday kawan aku, FARAH NAJIHAH BINTI SUMANI atau nama glamer beliau, G-HAH. Pada mulanya, masuk kelas, serius aku x ingat birthday G-hah, sampai la satu masa, kitorang da abis kelas, G-hah dah blah awal pegi Makmal Komputer. Kawan aku bagitau aku, hari ini birthday dia!. Ya Allah! aku boleh lupa birthday kawan sendiri, but kitorang terus pergi serbu dia kat Lab, n nyanyi ramai-ramai. hahahah... bising kot, lepas tu senyap balik. apapun,
               
"Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-21 G-hah! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, moga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat.. Amin, ya Robbal Alamin."

Hari ini aku rasa bahagia sangat, everything done smoothly! unexpected ho! sungguh, aku pun x sangka. Masa makan, siap lagi lepak lama2 kat meja dengan NASRULLAHKAK FATINSAFARABG ADZAM, tambah g hujan, makin liat la nak g jalan tempat lain, stay kat meja makan kafe tu je la. sambil dok menunggu hujan teduh, kitorang main 1 permainan, kitorang pointer sorang2 guna botol then tanya soalan macam-macam. Dari soalan tu jugak makin menambahkan lagi pengetahuan kami tentang diri masing-masing. Ececeh... memandai lak. Tapi, memang best permainan ni, kitorang jawab dengan jujur ape je yang ditanya.. ahhaha... agak lurus disitu kan. Percaya kawan katakan.

Lagu satu, masa kelas aku yang last untuk hari ni, dari jam 4-6. ada presentation yang sepatutnya dibuat setiap  hari Jumaat . Aku dan member memang x prepare agi sebab sibuk sangat la katakan. tapi slideshow memang da siap la. Cuma kitorang takut x dapat memenuhi kehendak lecturer. Sebab sebelum ni dia pernah komen kat satu group, makin lama masa yang diberi, makin tinggi expectation lecturer untuk point yang kita nak bentangkan. Ya! This is the main reason kitorang gelabah setiap kali hari Jumaat sebab Lecturer akan pilih group randomly untuk present. nak tak nak kena ready setiap masa. Cuma kitorang je, x berapa ready sangat. tambah g, pendrive aku hilang minggu lepas, dalam tu pulak ada complete softcopy untuk presentation kitorang dan aku x simpan dalam laptop aku. Moral of the story, jgn percaya pendrive sangat. ahhaha... lain kali buat backup kat laptop.nak senang punye kerje, edit terus dari pendrive, simpan, pendrive hilang. hilang semua la. huhuh.. 

dan Today! alhamdulillah, dapat pujian daripada lecturer.. yea! yea! aku rasa lebar je senyuman aku daripada masa bentang sampai habis kelas. hahah.. yang lawaknya, masa nak bentang, semua tunjuk muka cuak, pucat semacam je. sampai tangan pun macam duduk kat bilik sejuk beku. Sejuk sangat kot tangan aku. hahah.. kalu ditoreh masa tu, mungkin xda darah keluar sebab nervous melampau. but, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan izin-Nya.

Just Now, baru lepas balik daripada kedai makan IDOLA, celebrate Birthday G-hah. Selain tu jugak, kitorang sambut sekali birthday kawan-kawan yang kami x sambut lagi, Memang best la, yang tak bestnya, masa order makanan. lain kita order lain kita dapat. hahah.. pening waitress tu..banyak sangat kot, tapi aku tengok customer xde la ramai sangat. Cuma group aku la yang terlampau sangat. Kitorang ada 13 orang n kongsi 3 meja sekali..huhu.. Kenangan.. Semoga semua ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kami.Insyaallah. Dan, kami juga dapat bersama sahabat kami dahulu, GG. kitorang makan bersama seperti satu ketika dahulu. and, aku x sangka dia akan datang malam ni, sebab td aku invite dia, dia cakap x dapat datang. apapun, alhamdulillah. macam mengada lak aku kan, semua benda aku nak cerita.

Semangat je aku update entry kali ni, kalo boleh jerit2, mesti reader pun boleh dengar aku jerit2 sekarang sebab hepi..hehehhe... apapun, semoga semua ini membawa seribu makna dan kebahagiaan pada masa yang akan datang. Moga perjlanan hidup aku esok dan hari-hari seterusnya berjalan dengan lancar dan diiringi restu dari-Nya. AMIN.

Salam Sayang.

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN