Sabtu, 21 September 2013

Tanpa Tajuk


Assalammualaikum,

Agak lama tidak meng'update' entry terbaru. Kesian blog aku ni, lama dah terbiar. Terkini dari aku, sedang menghadapi tahun akhir di sini. Alhamdulillah. Bermakna zaman junior ku berakhir sudah. Masih banyak ilmu yang belum ku tahu. Tidak puas rasanya. Mungkin sebab itu aku masih merasa diri ini masih junior? Bagi aku, junior ke, senior ke yang penting ilmu di dada. Tak gitu? Semester ni, jadual semakin padat, sesak. Aku pun x tau kenapa. beban semakin berat di kepala. Dengan Final Year Project entahkan diterima ke tidak tajuk yang diberi.
       Semester ni terpilih untuk menjalankan kajian lapangan di Sekolah Tunas Bakti. 8 orang termasuk aku ditempatkan di situ. Insha Allah, minggu depan bermula la pengalaman baru dalam hidup aku. Segala ilmu pekerja sosial, teori, prinsip kerja sosial akan diterapkan melalui kajian lapangan ini. Sebanyak 10 agensi yang terlibat dengan kajian lapangan kami. Ahamdulillah, nasib baik ada kajian lapangan sebegini. Dapat juga menyiapkan diri untuk Latihan Industri selepas semester 6 nanti.
Semoga segalanya dipermudahkan. Insha Allah ilmu kerja sosial yang dipelajari selama dua tahun di sini akan dimuntahkan semasa kajian lapangan nanti.

Wassalam.

Tiada ulasan:

TINGGALKAN JEJAK ANDA, SAYA AKAN MENJEJAKI JEJAK ANDA KEMUDIAN